Friday 30 September 2011

soalan percubaan

dari sumber internet...
SULIT                                                                                                                                    2611/2












PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK SPM
TAHUN 2011


PENDIDIKAN SENI VISUAL

Kertas 2

SENI HALUS

Tiga Jam


 


















2611/2                                                                                                                        [Lihat sebelah
SULIT

2611/2                                                                                                                                   SULIT
                                                                   2                                                              

1.      Kertas soalan ini mengandungi enam soalan.

2.      Jawab satu soalan sahaja.

3.      Kertas soalan ini hendaklah diberikan kepada calon sekurang-kurangnya seminggu
sebelum tarikh peperiksaan kertas ini.

Kertas soalan ini mengandungi 4 halaman bercetak
 

                                                                   
Arahan kepada calon

(a)               Kertas soalan ini hendaklah dibawa ke tempat peperiksaan pada hari yang
ditetapkan. Tuliskan dengan terang Nombor Kad Pengenalan, Nombor Pusat, Angka Giliran, Kod Mata Pelajaran, Nombor Soalan dan Ruang Markah mengikut susunan yang ditetapkan di sudut kanan sebelah atas muka belakang kertas lukisan anda. (Lihat gambar rajah di bawah).

Sudut Kanan Sebelah Atas Muka Belakang Lukisan.


(b)               Hasil kerja anda hendaklah yang asli.
(c)                Hasil kerja anda hendaklah memenuhi atau hampir memenuhi kertas lukisan kecuali ruang 5 cm x 8 cm yang ditetapkan.
(d)               Anda tidak boleh menggunakan bahan pengilat atau syelek pada permukaan hasil kerja yang sudah siap.
(e)                Anda bebas menggunakan apa jua teknik kecuali teknik semburan dan asemblaj. Jika teknik kolaj digunakan, anda hendaklah menggunakan kertas berwarna atau bahan terbuang yang nipis seperti kulit majalah, perca kain dan lain-lain yang dibawa sendiri.
(f)                 Hasil kerja anda hendaklah dalam bentuk 2D (Dua Dimensi) sahaja.

2611/2                                                                                                                             SULIT

                                                                   3                                                              

Arahan kepada Ketua Pengawas.


(a)               Kertas lukisan yang disediakan bagi peperiksaan percubaan SPM berukuran lebih kurang 28 cm x 38 cm akan dibekalkan oleh Unit Peperiksaan Sekolah. Calon tidak boleh menggunakan kertas sendiri.

(b)               Pastikan semua hasil kerja calon telah kering sebelum dikutip. Hasil kerja             tersebut jangan dilipat atau digulung untuk mengelakkan daripada sebarang kerosakan.

(c)                Jika calon menggunakan krayon atau pastel, permukaan lukisan tersebut hendaklah dilapik dengan kertas yang sesuai. Setiap hasil kerja calon tidak boleh di bungkus keseluruhannya dengan kertas atau plastik.

(d)                Jika calon menggunakan teknik kolaj atau teknik campuran, mereka boleh menggunakan kertas berwarna atau bahan terbuang yang nipis seperti kulit majalah, perca kain dan lain-lain yang dibawa sendiri oleh calon.





















2611/2                                                                                                                        [Lihat sebelah
SULIT





SULIT                                                                    4                                                              2611/2

SENI HALUS
Pilih satu soalan sahaja

  1. Beberapa orang kanak-kanak sedang mandi-manda di sebatang sungai sambil bermain-main dengan gembiranya. Kelihatan sepohon pokok yang rendang dahannya berjuntai di tepi sungai tersebut dan menjadi tempat kanak-kanak memanjat dan terjun. Terdapat juga sebuah pelantar kayu tempat membasuh pakaian.Suasana alam sekeliling yang sungguh indah dan permai

Lukiskan suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada ruang, bentuk, jalinan dan keindahan persekitaran yang harmoni  .

  1. Satu pertandingan congkak telah diadakan  sempena Hari kokurikulum di sekolah anda. Gambarkan suasana yang menunjukkan dua orang peserta sedang bersaing dalam permainan tersebut dari jarak dekat.

Penekanan hendaklah diberi kepada aspek komposisi, bentuk , jalinan dan ruang  . 
     
  1. Dalam kegelapan angkasaraya, sebuah kapal angkasa berbentuk bujur telur sedang menghampiri sebuah planet  berpermukaan seperti bulan. Kelihatan taburan bintang-bintang menyinari ruang angkasa.

      Lukiskan gambaran tersebut  dengan memberi penekanan kepada   bentuk, ruang, jalinan,    
      dan warna.

  1. Sekumpulan serangga sedang mengerumuni dan menikmati makanan mereka di pangkal sebatang pokok yang ditumbuhi dengan kulat-kulat besar dan berwarna-warni.

Gambarkan suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada aksi, bentuk, jalinan, ruang dan persekitaran yang berwarna-warni .

  1. Suasana hampir senja, di pinggir sawah terdapat sebuah jentera pembajak tersadai. Kelihatan juga burung-burung berterbangan pulang ke sarang.

      Lukiskan  suasana  tersebut  dengan  memberi  penekanan  kepada  bentuk, ruang,
      komposisi  dan warna.

  1. Di ruang dapur sebuah rumah kelihatan barangan yang baru dibeli dari pasar seperti ikan, sotong dan sayur-sayuran di letakkan di atas meja.  

      Lukiskan gambaran tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan terhadap     
      kesan garisan ,jalinan dan komposisi yang menarik

KERTAS SOALAN TAMAT
2611/2                                                                                                                        SULIT                         
http://visualartstpm11.blogspot.com/ 

No comments:

Post a Comment