Bab 10 IRAMA DAN PERGERAKAN


Irama dan Pergerakan
Definisi
Pergerakan ialah keadaan objek yang bergerak, bergegar, bergoyang, bersinar, dan berayun.  Irama ialah satu kesan ilusi yang wujud daripada perulangan susunan satu atau lebih objek secara berterusan untuk menimbulkan harmoni.  Objek yang tersusun itu adalah objek utama dan berbeza dengan latar.

Jenis-jenis irama
1.       Irama rawak
Objek yang diulang tanpa susunan dan ruang yang tidak sama menimbulkan irama rawak. 
Contoh:  pergerakan ikan di dalam air adalah pergerakan rawak.

2.       Irama biasa
Irama biasa mempunyai objek yang serupa dan ruang yang sama di antara mereka.  Irama biasa mempunyai irama yang konsisten.  Pengulangan yang sama adalah berguna untuk mengatur objek. 
Contoh:  rak-rak yang disusun dengan rapi

3.       Irama berselang-seli
Irama yang diwujudkan dengan  mengubah posisi objek.  Irama berselang- seli boleh disusun secara aturan atau secara rawak.

4.       Aliran
Apabila garisan yang beralun diulangi, wujudlah irama aliran.  Basikal yang disusun secara mengarah dan ombak lautan menimbulkan irama aliran.  Mata kita akan menyusur sepanjang lengkungan yang akan mengubah arah tuju kita.  Contohnya, hiasan di dalam terowong.

5.       Irama progresif
Terdapat perubahan di dalam motif setiap kali objek diulang.  Irama progresif boleh bermula dengan segi empat sebagai motifnya.  Saiz segi empat dan segi tiga boleh berubah setiap kali diulang ataupun diwarnakan dengan warna berlainan.  Bentuk boleh diubah secara beransur.  Sisi sebuah segi empat boleh dibuat secara beransur-ansur sehingga ia menjadi bulatan dan bentuk tanda arah.

Irama Mewujudkan Pergerakan
1.        Olahan unsur garisan
Berikut adalah contoh cara untuk menimbulkan pergerakan dengan pengolahan unsure garisan.
2.       Olahan unsur  rupa
3.       Olahan unsur warna
4.       Olahan unsur  jalinan
5.       Olahan unsur  bentuk
·         Objek atau elemen tersusun menghaa kea rah yang tertentu
·         Keadaan bentuk tidak lurus dan melengkung
·         Menunjukkan gaya gerakan yang tertentu
·         Bentuk tersusun dalam garisan grid perspektif
·         Susunan bentuk dalam pelbagai saiz
6.       Olahan unsur  ruang
·         Kesan pergerakan visual dalam sesuatu reka letak atau gubahan terhasil apabila aliran penglihatan bergerak dari satu ruang ‘objek’ ke ruang ‘objek’ yang lain.